13 Januari, 2009

Dimana letaknya kekuatan

Ada kekuatan di dalam kemurahan, dan orang yang murah hati adalah orang yang kuat kerana dia tidak pernah menahan mulut dan tangannya untuk melakukan kebaikan sesama insan. Ada kekuatan di dalam kebaikan, dan orang yang baik adalah orang yang kuat kerana dia mampu melakukan yang kebaikan kepada semua orang.

Ada kekuatan di dalam cinta, dan orang yang sanggup memberikan cinta adalah orang yang kuat kerana dia mampu mengalahkan keinginannya untuk mementingkan diri sendiri.

Ada kekuatan dalam tawa kegembiraan, dan orang tertawa gembira adalah orang yang kuat kerana ia tidak pernah gentar dengan ujian dan dugaan.

Ada kekuatan di dalam kedamaian diri, dan orang yang dirinya penuh kedamaian adalah orang yang kuat kerana dia tidak pernah tergugat dan tidak mudah diumbang-ambingkan.

Ada kekuatan di dalam kesabaran, dan orang yang sabar adalah orang yang kuat kerana dia sanggup menanggung segala sesuatu dan ia tidak pernah merasa disakiti.

Ada kekuatan di dalam kesetiaan, dan orang yang setia adalah orang yang kuat kerana dia mampu mengalahkan nafsu dan keinginan peribadi demi kesetiaannya kepada Allah dan orang lain.

Ada kekuatan di dalam kelemah lembutan, dan orang yang lemah lembut adalah orang yang kuat kerana dia mampu menahan diri untuk tidak membalas dendam.

Ada kekuatan di dalam penguasaan diri, dan orang yang mampu menguasai diri adalah orang yang kuat kerana mampu mengendalikan segala nafsu keduniawian.
Disitulah terletaknya kekuatan sejati. Dan sedarlah bahawa kita juga memiliki cukup kekuatan untuk mengatasi segala masalah kita. Dimanapun juga, seberat dan serumit apapun juga.

0 komentar:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Supercar Pictures. Powered by Blogger